Friday, April 29, 2016

PROJECTOR BAND DI NORAHOMESTAY


Sempena Program Muzikaria Kelantan FM yang berlangsung pada hari ini, Kumpulan terbaru di Malaysia yang sedang meningkat naik dengan single Sudah Ku Tahu iaitu PROJEKTOR BAND telah menginap di NoraHomestay. 

Kumpulan ini akan menyerikan Program Muzikaria yang akan berlangsung di Uptown RTC FAMA Kelantan jam 9.00 malam.

Kami kongsikan beberapa gambar Kak Nora bersama kumpulan Projector Band untuk anda.






Pihak NoraHomestay ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang dan menginap di Homestay kami. Semoga kumpulan ini akan terus berjaya dan maju dimasa akan datang. Good Luck! 

Bagi yang masih belum mengenali kumpulan ini, sedikit Info berkenaan Projector Band untuk pengetahuan anda.



"PROJECTOR di anggotai oleh 5 orang anak muda yang di kenali sebagai Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai Drummer. PROJECTOR dikenali dengan genre ” band rock” yang menampilkan karya mereka melalui media sosial.
Pada awal kemunculan mereka, PROJECTOR telah menghasilkan sebuah single yang bertajuk SUDAH KU TAHU yang diilhamkan oleh Razif atau lebih dikenali sebagai Angah yang merupakan gitar utama. 

Terciptanya lagu ini adalah daripada kisah benar percintaan Razif dengan kekasih yang curang kepadanya. Dengan memiliki suara yang lantang dan penghayatan yang baik dalam lagu ini, Is (vokalis) telah berjaya menarik perhatian pendengar untuk melihat dan menonton karya mereka di youtube yang mencecah hampir 1,000,000 tontonan.
Pada 11 Disember 2015, PROJECTOR dengan rasminya telah di lamar oleh syarikat rakaman MAPMUSIC yang akan berkerjasama dalam membantu mereka dari segi promosi dan pengurusan. “SUDAH KU TAHU” merupakan single pertama PROJECTOR yang telah menjadi viral di media sosial."

(Sumber : http://www.mapmusic.my)


________________________________________________________________

Untuk pertanyaan dan tempahan homestay boleh hubungi: 

Kak Nora : 019-524 9625
En. Rawi  : 019-977 2477

"Keselesaan anda kepuasan kami"
_________________________________________________________________________________

1 comment:

  1. Casino Games - Coyote Casino Hotel
    Coyote Casino Hotel. Coyote Casino 룰렛배팅 is a Casino of 사다리사이트 the South Las Vegas Strip that was named 인천 휴게텔 The Home of 슬롯 게임 Gambling in 2006. The property features over 1,500 태평양 먹튀 slots and

    ReplyDelete