Friday, April 29, 2016

PROJECTOR BAND DI NORAHOMESTAY


Sempena Program Muzikaria Kelantan FM yang berlangsung pada hari ini, Kumpulan terbaru di Malaysia yang sedang meningkat naik dengan single Sudah Ku Tahu iaitu PROJEKTOR BAND telah menginap di NoraHomestay. 

Kumpulan ini akan menyerikan Program Muzikaria yang akan berlangsung di Uptown RTC FAMA Kelantan jam 9.00 malam.

Kami kongsikan beberapa gambar Kak Nora bersama kumpulan Projector Band untuk anda.






Pihak NoraHomestay ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang dan menginap di Homestay kami. Semoga kumpulan ini akan terus berjaya dan maju dimasa akan datang. Good Luck! 

Bagi yang masih belum mengenali kumpulan ini, sedikit Info berkenaan Projector Band untuk pengetahuan anda.



"PROJECTOR di anggotai oleh 5 orang anak muda yang di kenali sebagai Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai Drummer. PROJECTOR dikenali dengan genre ” band rock” yang menampilkan karya mereka melalui media sosial.
Pada awal kemunculan mereka, PROJECTOR telah menghasilkan sebuah single yang bertajuk SUDAH KU TAHU yang diilhamkan oleh Razif atau lebih dikenali sebagai Angah yang merupakan gitar utama. 

Terciptanya lagu ini adalah daripada kisah benar percintaan Razif dengan kekasih yang curang kepadanya. Dengan memiliki suara yang lantang dan penghayatan yang baik dalam lagu ini, Is (vokalis) telah berjaya menarik perhatian pendengar untuk melihat dan menonton karya mereka di youtube yang mencecah hampir 1,000,000 tontonan.
Pada 11 Disember 2015, PROJECTOR dengan rasminya telah di lamar oleh syarikat rakaman MAPMUSIC yang akan berkerjasama dalam membantu mereka dari segi promosi dan pengurusan. “SUDAH KU TAHU” merupakan single pertama PROJECTOR yang telah menjadi viral di media sosial."

(Sumber : http://www.mapmusic.my)


________________________________________________________________

Untuk pertanyaan dan tempahan homestay boleh hubungi: 

Kak Nora : 019-524 9625
En. Rawi  : 019-977 2477

"Keselesaan anda kepuasan kami"
_________________________________________________________________________________

Friday, April 15, 2016

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN DI NORAHOMESTAY

Pada 26 Mac 2016 yang lepas, telah berlangsung satu Majlis Perkahwinan Ain Syira dan pilihan hatinya Amri. 

Menariknya, majlis pasangan ini telah diadakan di NoraHomestay. Majlis yang meriah ini telah disusunatur dan digubah mengikut citarasa dan kreativiti keluarga pengantin sendiri.

Kami kongsikan gambar sekitar awal majlis perkahwinan tersebut untuk anda. 

















________________________________________________________________

"Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini. 

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin."
_________________________________________________________________________________


Untuk pertanyaan dan tempahan homestay boleh hubungi: 

Kak Nora : 019-524 9625
En. Rawi  : 019-977 2477

"Keselesaan anda kepuasan kami"