Friday, April 29, 2016

PROJECTOR BAND DI NORAHOMESTAY


Sempena Program Muzikaria Kelantan FM yang berlangsung pada hari ini, Kumpulan terbaru di Malaysia yang sedang meningkat naik dengan single Sudah Ku Tahu iaitu PROJEKTOR BAND telah menginap di NoraHomestay. 

Kumpulan ini akan menyerikan Program Muzikaria yang akan berlangsung di Uptown RTC FAMA Kelantan jam 9.00 malam.

Kami kongsikan beberapa gambar Kak Nora bersama kumpulan Projector Band untuk anda.






Pihak NoraHomestay ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi datang dan menginap di Homestay kami. Semoga kumpulan ini akan terus berjaya dan maju dimasa akan datang. Good Luck! 

Bagi yang masih belum mengenali kumpulan ini, sedikit Info berkenaan Projector Band untuk pengetahuan anda.



"PROJECTOR di anggotai oleh 5 orang anak muda yang di kenali sebagai Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai Drummer. PROJECTOR dikenali dengan genre ” band rock” yang menampilkan karya mereka melalui media sosial.
Pada awal kemunculan mereka, PROJECTOR telah menghasilkan sebuah single yang bertajuk SUDAH KU TAHU yang diilhamkan oleh Razif atau lebih dikenali sebagai Angah yang merupakan gitar utama. 

Terciptanya lagu ini adalah daripada kisah benar percintaan Razif dengan kekasih yang curang kepadanya. Dengan memiliki suara yang lantang dan penghayatan yang baik dalam lagu ini, Is (vokalis) telah berjaya menarik perhatian pendengar untuk melihat dan menonton karya mereka di youtube yang mencecah hampir 1,000,000 tontonan.
Pada 11 Disember 2015, PROJECTOR dengan rasminya telah di lamar oleh syarikat rakaman MAPMUSIC yang akan berkerjasama dalam membantu mereka dari segi promosi dan pengurusan. “SUDAH KU TAHU” merupakan single pertama PROJECTOR yang telah menjadi viral di media sosial."

(Sumber : http://www.mapmusic.my)


________________________________________________________________

Untuk pertanyaan dan tempahan homestay boleh hubungi: 

Kak Nora : 019-524 9625
En. Rawi  : 019-977 2477

"Keselesaan anda kepuasan kami"
_________________________________________________________________________________

Friday, April 15, 2016

GAMBAR SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN DI NORAHOMESTAY

Pada 26 Mac 2016 yang lepas, telah berlangsung satu Majlis Perkahwinan Ain Syira dan pilihan hatinya Amri. 

Menariknya, majlis pasangan ini telah diadakan di NoraHomestay. Majlis yang meriah ini telah disusunatur dan digubah mengikut citarasa dan kreativiti keluarga pengantin sendiri.

Kami kongsikan gambar sekitar awal majlis perkahwinan tersebut untuk anda. 

















________________________________________________________________

"Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini. 

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin."
_________________________________________________________________________________


Untuk pertanyaan dan tempahan homestay boleh hubungi: 

Kak Nora : 019-524 9625
En. Rawi  : 019-977 2477

"Keselesaan anda kepuasan kami"


Monday, May 11, 2015

Tempat Menarik di Kota Bharu

Pasar Besar Siti Khadijah merupakan tempat yang tidak asing lagi bagi warga Kelantan atau bagi sesiapa yang berkunjung ke negeri ini. Nama pasar ini diambil sempena isteri Nabi Muhammad SAW, yang terkenal kerana kemahiran keusahawanan beliau. 

Apa yang menariknya pasar ini kebanyakannya diusahakan oleh kaum wanita sejak dulu lagi. 


Pasar besar yang dikenali sebagai pasar basah ini banyak menjual makanan basah dan kering seperti makanan laut, sayur-sayuran, keropok, serunding dan pelbagai jenis buah-buahan.


Disini juga anda boleh mencuba pelbagai makanan seperti ayam percik, nasi ulam dan pelbagai sup mi yang unik dan mengikut citarasa Kelantan di tingkat dua. Pasar yang turut memuatkan pelbagai jenis pakaian termasuk kain batik kelantan dan barangan cenderahati yang cantik untuk dibawa pulang.

Jadi untuk anda yang akan berkunjung ke Kelantan nanti, jangan lupa untuk singgah di Pasar Besar Siti Khadijah yang teletak kira-kira 5km dari NoraHomestay yang menjadi simbolik apabila melawat Kota Bharu. 

Tuesday, April 14, 2015

Banglow Setingkat di NoraHomestay






Kemudahan asas yang disediakan adalah seperti berikut :
  • Ruang Tamu 
  • TV dan Astro
  • Sofa dan Coffee Table
  • Dapur yang dilengkapi dengan peti sejuk, meja makan, pinggang mangkuk dan peralatan memasak
  • Mesin Basuh
  • 3 bilik tidur (2 bilik tidur Queen, 1 bilik single)
  • 3 bilik air
  • Air-cond
  • Almari
  • Tempat letak kereta 
  • Rumah berpagar 
  • Mempunyai ruang untuk BBQ
  • Persekitaran yang baik
  • Kapasiti rumah boleh memuatkan sehingga 15 orang dalam suatu masa
  • Rombongan adalah dialu-alukan
  • Juga sesuai untuk di adakan majlis-majlis tertentu
  • Toto tambahan akan diberi atas permintaan (RM10/mlm setiap satu)
  • RM180 satu malam*

* Harga boleh dirunding

Special dari kami:-
    
+++ 2 katil single tambahan

Lokasi:

Banglow setingkat ini kira-kira 500 meter dari Pasar Malam Wakaf Che Yeh dan boleh juga dikunjungi dengan hanya berjalan kaki bagi yang ingin menikmati suasana pada waktu malam di sini.

Pasar Malam Wakaf Che Yeh
                      

Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi:

Kak Nora : 019-524 9625
En. Rawi  : 019-977 2477

"Keselesaan anda kepuasan kami"

Monday, March 30, 2015

Double Storey Homestay

Rumah penginapan Double Storey Norahomestay terletak dalam lingkungan 300 meter dari pasar Wakaf Che Yeh. 



Homestay ini mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan oleh anda. Diantara kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut :
  • Ruang Tamu yang luas
  • TV dan Astro
  • Sofa dan Coffee Table
  • Dapur yang dilengkapi dengan peti sejuk, meja makan, pinggang mangkuk dan peralatan memasak
  • 4 bilik tidur (3 bilik tidur Queen, 1 bilik single (2 katil single) 
  • 4 bilik air (2 bilik air di tingkat bawah dan 2 bilik air di tingkat atas)
  • Air-cond
  • Almari
  • Tempat letak kereta 
  • Rumah berpagar 
  • Mempunyai ruang untuk BBQ
  • Persekitaran desa
  • Kapasiti rumah boleh memuatkan sehingga 30 orang dalam suatu masa
  • Rombongan adalah dialu-alukan
  • Juga sesuai untuk di adakan majlis-majlis tertentu
  • RM280 satu malam* 
dan ** BONUS untuk anda!!
    • 1 katil Queen tambahan di tingkat bawah 
 Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi:

   Kak Nora : 019-524 9625
   En. Rawi  : 019-977 2477

*Harga boleh dirunding

"Keselesaan anda kepuasan kami"

Thursday, August 21, 2014

Welcome

Assalamualaikum Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik sekalian...


Terima kasih dan selamat datang kami ucapkan kepada anda semua diatas kunjungan ke norahomestaywcy.blogspot.com.

Untuk anda yang ingin mencari rumah persinggahan apabila berkunjung ke di Kota Bharu Kelantan, kami menawarkan homestay yang selesa untuk anda. 

Dengan harga yang berpatutan, kunjungan anda sekeluarga akan menjadi suatu kenangan yang indah.  





"NORA HOMESTAY" terletak di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu Kelantan. Butiran homestay kami adalah seperti di bawah:

  • 300 meter untuk ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh
  • 15 minit untuk ke Bandar Kota Bharu
  • Berdekatan dengan klinik,kedai makan,pasar raya,bank dan surau.

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :-


   Kak Nora :019-524 9625
   En. Rawi  :019-977 2477