Pasar Besar Siti Khadijah merupakan tempat yang tidak asing lagi bagi warga Kelantan atau bagi sesiapa yang berkunjung ke negeri ini. Nama pasar ini diambil sempena isteri Nabi Muhammad SAW, yang
terkenal kerana kemahiran keusahawanan beliau.
Apa yang menariknya pasar ini kebanyakannya diusahakan oleh kaum wanita sejak dulu lagi.
Pasar besar yang dikenali sebagai pasar basah ini banyak
menjual makanan basah dan kering seperti makanan laut, sayur-sayuran, keropok,
serunding dan pelbagai jenis buah-buahan.
Disini juga anda boleh mencuba pelbagai makanan seperti ayam
percik, nasi ulam dan pelbagai sup mi yang unik dan mengikut citarasa Kelantan
di tingkat dua. Pasar yang turut memuatkan pelbagai jenis pakaian
termasuk kain batik kelantan dan barangan cenderahati yang cantik untuk dibawa
pulang.
Jadi untuk anda yang akan berkunjung ke Kelantan nanti, jangan lupa untuk singgah di Pasar Besar Siti Khadijah yang teletak kira-kira 5km dari NoraHomestay yang menjadi simbolik apabila melawat Kota Bharu.